Baby Blues
Thursday, June 14, 2007
first entry untuk hari ni...aku rasa sedih

sedih sebab job function aku dah ditukarkan..
sedih sebab bila ditukarkan aku hanya jadi back up orang lain..
sedih sebab aku fikir diorang rasa aku ni orang yang berpenyakit...
sedih sebab aku tak mintak aku sakit..
sedih sebab aku rasa semua orang fikir macam tu..
tapi aku suka sebab aku tak payah nak susah fikir macam dulu..
tapi aku tetap sedih bila aku rasa diorang bermasalah dengan fizikal aku..
salah aku ke?

mohon doa aku untuk tukar kerja termakbul..amin..


princess of survivor baby blued at 4:31 PM++
Monday, June 11, 2007
rasa nya dah lama sangat tak masuk dalam blog ni...baru 2 minggu lepas aku dapat pc baru..kiranya wajah baru le..tapi elok je dapat pc baru aku demam teruk...sampai wan hantar aku balik kampung...tapi demam tak kebah kebah..family aku antar gi sepital..last last suspek denggi sebab platlet darah rendah..apa lagi kena masuk air..kena amik darah..tak tau la berapa kali sampai dah lumat lengan aku dibuatnya..lebam..masuk air nya lak sampai 11 botol..aku rasa serik sangat nak masuk sepital lagi..dan serik sangat2..sebabnya sakit!!..

minggu tu jugak aku gi exam untuk jawatan kerajaan..tak tau la apa nasib aku..kalau ikut hati ni nak sesangat..tapi kalau dah tak de rezeki aku nak buat cam mana..

aku rindu kat mak aku..aku rindu kat abah...tak tergambar sayang aku kat diorang...


princess of survivor baby blued at 1:58 PM++
Friday, April 20, 2007
aku tak tau apa yang dah jadi ngan company ni..semua orang nak main tikam belakang..masuk orang baru pun tak de guna..agaknya diorang ingat dapat rezeki halal kot kalau buat macam tu..dan lagi satu dato jangan nak rasa company ni maju kalau still dengan old minded dia tu..sian bos aku yang sorang tu..kena tuduh macam macam..tapi dia sabar je ngan kerenah semua orang..itu bukan bangsa aku..tapi yang sebangsa dengan aku..aku rasa malu nak mengaku sebangsa..sebabnya perangai..cucuk sana sini..apa gunanya ko semayang 5 waktu sehari semalam kalau ini cara kerja yang korang bawak ke opis..korang sendiri yang jadi setan..aku tak peduli lulus atau tidak minggu depan aku tetap akan pergi bercuti ke langkawi..alasannya kalau dato nak tau aku takkan teragak agak nak kata untuk tenangkan fikiran..sakit jiwa dengan apa yang terjadi dalam opis ni..biar dia tahu suasana dalam opis ni dah nak jadi neraka bagi staff bawahan macam aku ni..


princess of survivor baby blued at 10:40 AM++
Friday, April 13, 2007
aku dah puas membebel..aku dah puas duduk diam..aku dah puas lihat gelagat orang..aku dah puas dengan apa yang aku dapat selama 5 tahun di sini..macam mana usia AF..macam tu la usia aku di pejabat ni..hari hari lalui bermacam macam jenis kesukaran dan kemudahan..tapi adakalanya hati kita ni tak mudah untuk dipuaskan..di mata kita masih ada kekurangan tentang orang lain..sampai adakalanya kita rasa diri kita ni sempurna..walhal 5 tahun bukan jangka masa yang boleh beri aku perfect 10!..aku tak pernah rasa tepat tapi aku nak jadi rasional..nak jadi manusia yang lebih open minded..hilangkan la rasa ragu di hati aku..aku nak berkerja selagi ada kudrat..kerja itu juga satu ibadah.

aku nak kejar target..

topik lain : hehehe

aku suka bila wan cakap dia suka family aku...ada 2 bapak pun tak boleh buat dia happy..abah pertama tak de karakter macam seorang abah..abah ke 2 lak abah tiri..tak rapat sangat..tapi baik hati..dan dia pun terasa kasih sayang mak dah tak sama macam dulu..diorang ni masih lagi tak biasa nak berkongsi kasih ngan orang lain..adik lak buat hal masing masing..itu belum campur kisah nenek nya..kisah mak sedara nya..sebab tu wan lebih dewasa dari usia sebenar..muda muda lagi menanggung bermacam masalah..bayangkan kalau apa yang dia hadapi dalam keluarganya berlaku jugak dalam keluarga aku..kami pun bukannya berduit banyak..tapi lebih nya keluarga aku ikatan kasih sayang itu sendiri..tak leh dijual beli..sikit sama sikit..bila lebih boleh dikongsi semua..

itu la kelebihannya family aku..seronokkan..


princess of survivor baby blued at 2:38 PM++
Tuesday, April 10, 2007
minggu lepas family aku datang rumah seminggu..best nya..sampaikan aku rasa rindu yang teramat bila diorang dah balik ahad lepas.. pastu mula la sensitif tak kena tempat..hehehe..
malam semalam gi tesco nak beli barang dapur n lauk untuk masak minggu ni..last last bila balik rumah baru perasan ikan yang dah bertimbang tetinggal kat tesco sebab dok melayan kerenah afiq yang asyik nak lepas je..kalau di pegang kang menjerit..nak buat cam mana..dah kul 8.30 mlm angah wan antar sms suh belikan makanan diorang..hah apa lagi mula la wan membebel..mana taknya kat depan taman aku tu melambak kedai makan tapi still nak suruh abang nya tolong belikan..aku diam aje la..geram gak tapi aku kesian sebab semalam angah demam..mungkin dia tak larat..dah tu pulak si boboi ada..tapi tak leh nak keluar pegi beli makanan..kalau aku tak masak diorang ni kekadang sanggup makan maggie dari keluar beli walau sebiji burger..cam mana tu?..last saturday..wan complain stereng gegar..aku cakap agaknya tayar kembung..then pegi cek kat kedai..memang betul tayar nya dah kembung n rim dah bengkok sket..wan pun cakap kat aku dia ada tengok sport rim cantik..trade in yang lama n dia nak tambah duit amik yang baru..aku pun tak fikir panjang ..sebabnya daripada aku sakit hati baik aku bagi je green light tukar sport rim..dia suka...aku pun puas hati..sebelum ni memang dah banyak kali dia mintak nak tukar rim..tapi aku kata tak payah.. nanti kot ada benda yang lagi mustahak..so setelah aku kaji selidik..bukan aku yang selalu menimbulkan mustahak tu..dan bukan juga masalah kami berdua tapi lebih kepada ahli keluarga nya sendiri..kekadang bila aku nak cakap tak..kalau dah benda tu berkait ngan mak dia ke..takkan aku nak kata tak..dah kalau kat anak yang lain tak leh nak harap..dah tentula mak minta tolong wan jer..nak tak nak kena la kata ye..aku tak tau la kalau orang lain kat tempat aku diorang buat cam mana..aku benci sebab adik beradik nya tak bersatu..masing2 buat hal sendiri..wan sendiri rasa camtu..hari tu pun wan ada cakap angah nak pinjam duit..tapi last last senyap je..aku rasa diorang ni tengok muka wan tu macam tukang cop duit kot..arggghhhh..tension!!


princess of survivor baby blued at 4:51 PM++
Tuesday, March 27, 2007
entry aku untuk hari ni memang bingung!!..

aku dah pernah lalui tahun tahun sukar sebelum kawin..sampai aku rasa malang nya aku pada tahun tu..aku harap peristiwa tahun tu takkan kembali lagi dalam hidup aku..dan sekarang memang ada sinar baru selepas hadirnya insan baru dalam hidup aku..memang rezeki kami sekeluarga tidak putus..tapi aku sendiri adakalanya rasa keliru atau memang rasa iri hati itu ada dalam diri aku..mungkin ini masa aku untuk 'membalas jasa'..

yang aku maksudkan iri hati aku.. sekarang ni wan banyak sangat berkorban untuk keluarga dia...duit letrik beratus dia bayarkan... kebanyakan yang tak cukup dalam keluarga dia yang top up kan.. so adakah aku patut rasa iri hati? mak baru kawin... so aku ingatkan lepas kawin.. kurang sket tanggungan wan terhadap keluarga dia...tapi aku tengok terbalik lak..setiap bulan ada je masalah yang diorang hadapi...sampai aku rasa iri hati yang teramat...tapi aku tak leh nak cakap.. dua orang adik dia yang duduk ngan kami pun..kami yang menanggung makan minum nya..walaupun dah bekerja..kenapa waktu begini semua nya macam nak lepas tangan..kenapa waktu macam ni wan sorang je yang kena tanggung beban..dulu masa kami susah pun tak de adik adik nya tadi nak membantu..kekadang aku hampir tarik muka sebab keluarga aku tak pernah macam ni..ada kah sebab aku tak pernah rasa keadaan macam ni dalam keluarga aku? so apa yang patut aku rasa dalam situasi begini..membantu keluarga tak salah, tapi kenapa terbeban ke atas bahu seorang saja..banyak benda yang berlegar dalam kepala aku ni..banyak sangat ke jin bertanduk menghasut aku..aku tak mampu nak luahkan kat wan...aku hanya boleh tulis kat sini..gerammmmmm...


princess of survivor baby blued at 5:25 PM++
Thursday, March 08, 2007
hari ni aku masih di sini...sebab nya aku ni memang cepat cool down..aku pertimbangkan apa yang mak cakap..apa yang kakak aku cakap..tunggu je la cam mana ngan permohonan aku kat tempat lain..kalau tak dapat dah memang tak de rezeki aku la kat tempat lain..dan kat sini..aku buat kerja macam biasa..cuma aku sangat terkilan..sebabnya kalau aku tau diorang nak amik orang yang tak de pengalaman untuk handle school project..baik aku promote adik aku sendiri..dah hampir 3 tahun tanam anggur..kesian dia..dah tentu senang aku nak ajar.. aku ingatkan kalau dah ada orang yang handle project ni..aku tak payah involve lagi..but then sampai semalam aku masih lagi di rujuk tentang project tu..so..memang aku menyesal sangat sebab tak propose nama adik aku sendiri..tak sukanyaaaa..asalnya bos aku cakap dia nak orang yang ada background account..tapi yang diorang ambil ex-stewardess..takde lansung experience dalam admin apatah lagi account..kalau tengok result spm nya pun aku tak tau tang mana yang kredit nya ..pengetahuan moral pun 8..cam mana tu?.. cuma indian girl ni dia rajin bertanya.. aku cakap kat dia memula memang u susah sket sebab nak create banyak benda...but then next month u dah senang sebab boleh guna data yang sama..aku tak tau la dia paham ke tak..hopefully dia paham supaya bulan depan aku dah tak payah sentuh lagi kerja dia..ini dia yang buat salah aku pulak yang kena..cam mana tu?..semalam aku kena siapkan kerja dia dan aku tinggalkan kerja aku..tapi bila aku punya kerja belum siap..dia tinggalkan aku..hmmm..nasib la badan.. start this month aku nak tegas..biar la apa orang nak cakap..aku dah penat..


princess of survivor baby blued at 1:31 PM++


About me
MAZNAH HAMZAH
27 years old
Hubby: Wan Nurul Ezwan
Our Little Boy: Wan Afiq Ikhwan
Hometown:Perak
Location:Shah Alam

Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

countdown to special date:

days: ANNIVERSARY
days: MY BIRTHDAY
days: HUBBY
days: ABAH
days: MAK
days: YONG
days: JI
days: YAH
days: AZNI

clicks

My Collections
Ica
Tiara
kayrex
Mdm Fie
resepi kak liza
blogger
friendster
yahoo
maybank
e-services
spa

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda


Maksudnya : “Barangsiapa dari umatku membaca selawat ke atasku satu kali Allah menetapkan untuknya sepuluh kebaikan, menghapuskan daripadanya sepuluh keburukan, mengangkat untuknya sepuluh darjat”.


( Sahih. R.Ahmad )

The WeatherPixie

 
Berita Harian

Muka Depan

Berita Nasional

Berita Ekonomi

Berita Sukan

Agama

Hiburan

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com